AirAsia perluas jaringan ke Chiang Rai - Utusan Malaysia

AirAsia perluas jaringan ke Chiang Rai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) mengorak selangkah kehadapan dalam mengukuhkan jaringan penerbangannya menerusi hab ketujuh dan terbaru di Thailand iaitu laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Chiang Rai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Usaha yang mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia-Thailand itu bermula awal Febuari lalu dengan menempatkan pesawat Airbus A320ceo di Lapangan Terbang Antarabangsa Mae Fah Luang, Chiang Rai yang akan mengendalikan perkhidmatan baharu ke Phuket, Singapura dan Macau.

Pengarah Operasi Darat AirAsia Thailand, Witchunee Kuntapeng berkata, pembukaan hab baharu oleh AirAsia Thailand di Chiang Rai membantu membangunkan komuniti pelancongan dan perniagaan tempatan.

“AirAsia kini mengendalikan enam laluan ke dan dari ibu negeri wilayah utara Thailand, termasuklah perkhidmatan yang sedia ada dari Bangkok Don Mueang dan Hat Yai.

“Pembukaan hab ini seperti membina sebuah rumah baharu. Di Chiang Rai, kami akan menempatkan pesawat Airbus A320ceo dan melantik kakitangan baharu, yang terdiri daripada komuniti tempatan,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Tambahnya, Chiang Rai mempunyai potensi besar untuk menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Thailand, dengan budaya Lanna yang unik dan cara hidup suku kaumnya yang telah mendapat perhatian global baru-baru ini.

Jelasnya lagi, pihaknya percaya perkembangan ini adalah masa yang tepat untuk mempromosikan Chiang Rai kepada para pelancong.

“Kami berbesar hati untuk melihat empat laluan baharu antara Chiang Rai dan Phuket, Macau, Singapura dan Kuala Lumpur diterima dengan baik. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti tempatan atas sokongan mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu, satu majlis perasmian yang diketuai oleh Naib Gabenor Chiang Rai, Paskorn Boonyalug, Pengarah Eksekutif Pelancongan Thailand untuk Wilayah Asia Timur, Titiporn Manenate dan ejen pelancongan tempatan telah diadakan di hab baharu tersebut untuk meraikan empat penerbangan antarabangsa AirAsia dari Phuket, Macau, Singapura dan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke destinasi baharu itu membuktikan usaha syarikat penerbangan ini untuk mempromosikan Chiang Rai sebagai destinasi pelancongan utama oleh pelancong antarabangsa.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter, twitter.com/AirAsia, Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN