Lagi serangan di Kashmir, 5 terbunuh - Utusan Malaysia

Lagi serangan di Kashmir, 5 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR 25 Feb. – Jiwa dan mental kami terseksa dengan semua insiden keganasan yang berlaku.” Demikian derita yang dikongsi seorang penduduk di Kulgam, wilayah Kashmir, Fayaz Ahmad, 45.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, insiden berbalas tembakan dan bunyi bising tembakan sering kali terngiang-ngiang di telinga penduduk Kashmir yang mahu konflik di wilayah itu segera diselesaikan.

Derita Fayaz itu diceritakan kepada al-Jazeera susulan insiden terbaharu berbalas tembakan melibatkan pasukan tentera dan pemberontak di Kulgam yang mengorbankan lima orang.

Insiden itu menyaksikan dua anggota tentera dan tiga pemberontak terbunuh.

Menurut Ketua Polis Kashmir, Dilbagh Singh, insiden berlaku selepas pasukan tentera India melancarkan operasi membanteras kumpulan pemberontak di Turigam.

“Dalam operasi tersebut, kita kehilangan seorang anggota polis dan tentera kerana mengalami kecederaan parah akibat terkena tembakan.

“Anggota kumpulan pemberontak yang terbunuh dipercayai kumpulan Jaish-e-Muhammad (JeM),” katanya.

Beliau turut memaklumkan dua daripada tiga anggota JeM itu merupakan warga asing berdasarkan maklumat awal.

Susulan insiden tersebut, sejumlah besar penduduk di Kulgam berhimpun di lokasi kejadian sehingga mencetuskan pertempuran dan menyebabkan lapan penduduk awam cedera.

Kebanyakan penduduk memaklumkan mereka sudah penat dengan keganasan yang berlaku terutamanya di Kashmir.

Hubungan tegang antara India dan Pakistan memuncak selepas berlaku insiden serangan pengebom bunuh diri di Pulwama pada 14 Februari lalu menyaksikan 42 anggota tentera India terbunuh.

Selepas JeM mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut, India memberi amaran bahawa Pakistan akan menerima ‘nasib yang setimpal’.

Islamabad juga dilihat tidak mahu beralah dengan ‘amaran’ berkenaan.

Sejak itu, pihak berkuasa India melancarkan operasi terhadap kumpulan-kumpulan pemisah di Kashmir dan menahan sekurang-kurangnya 150 orang sejak dua hari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN