Polis mula mengundi hari ini - Utusan Malaysia

Polis mula mengundi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seramai 858 orang daripada keseluruhan 951 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan menunaikan kewajipan mereka mengundi hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, kesemua pe­ngundi awal itu terdiri daripada anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan yang mana 761 daripada mereka akan mengundi di Pusat Mengundi di Dewan Serbaguna Batallion 4 PGA Semenyih dan 97 orang lagi mengundi di Discress Room, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

“Sebahagian lagi iaitu 93 pe­ngundi awal yang terdiri daripada anggota polis PGA telah mengundi secara pos,” katanya dalam kenyataan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azhar berkata, pusat mengundi di Dewan Serbaguna Batallion 4 PGA Semenyih akan dibuka pukul 8 pagi hingga 5 petang manakala Pusat Mengundi di Discress Room IPD Kajang akan ditutup pada 2 petang.

“Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh setiap ejen calon yang bertanding pada PRK ini dan pemerhati pilihan raya daripada wakil-wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan yang dilantik oleh SPR.

“SPR juga akan menyiarkan secara langsung menerusi Facebook (FB) Live proses pengundian awal itu,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×