Sisi gelap bekas pelacur mobile - Utusan Malaysia

Sisi gelap bekas pelacur mobile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pelacur mobile mendedahkan, dia mampu memiliki sebuah apartmen berharga RM450,000 dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 dengan hanya menjual tubuhnya kepada enam lelaki pada setiap hujung minggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nona (bukan nama sebenar), 27, memberitahu, dia hanya perlu berselindung di sebalik perwatakannya yang lemah lembut, sopan santun dan bertudung ketika bekerja sebagai pegawai di sebuah bank lima hari seminggu sebelum menjadi liar pada setiap Sabtu.

Kata gadis dari Pahang itu, dengan pendapatan bulanan sebanyak RM10,000 hasil kerja sebagai pegawai bank dan pelacur mobile, dia bukan sahaja mampu membeli rumah selesa, malah dihadiahkan pula sebuah SUV Mazda CX-5 oleh seorang pe­ngurus syarikat yang merupakan pelanggan tetapnya.

“Semua itu saya dapat ketika menjadi pelacur mobile dalam tempoh tidak sampai setahun. Saya terjebak ke dunia pelacuran kerana ingin hidup mewah se­perti dua rakan serumah yang terlebih dulu terlibat selain memikirkan kepentingan duit dalam hidup saya.

“Sebelum melacur, saya tinggal di kawasan perumahan sesak dan tidak mampu memiliki barangan peribadi berjenama seperti mereka. Seorang demi seorang rakan serumah saya berpindah ke tempat yang lebih selesa membuatkan saya mula terfikir untuk mengikut jejak mereka,” ceritanya yang memiliki diploma dalam jurusan kewangan kepada Kosmo!.

Tambahnya, pada mulanya dia takut namun selepas beberapa kali mendapat pelanggan daripada bapa ayam dan tiada sebarang kejadian luar jangka seperti serbuan atau identitinya tular di media sosial, membuatkannya lebih berani untuk melacur secara sampingan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN