Seludup rokok: Kastam tunggu laporan penuh dari Australia - Utusan Malaysia

Seludup rokok: Kastam tunggu laporan penuh dari Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) mengesahkan seorang lelaki warga tempatan telah dipenjara lima tahun di Australia kerana menyeludup lebih enam juta batang rokok pada Ogos dua tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa di Australia.

“Kita sudah sedia maklum mengenai perkara itu dan ketika ini, kita sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di sana bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai identiti lelaki tersebut dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Terdahulu, Australia Border Force (ABF) dalam satu kenyataan pada 23 Februari lalu memberitahu, lelaki tersebut menyembunyikan rokok berkenaan alam ‘muatan canggih’ yang berasal dari Malaysia.

Menurut kenyataan itu, jumlah cukai yang boleh dikenakan terhadap barang tersebut melebih RM11.65 juta.

“Lelaki Malaysia yang merupakan salah seorang perancang sindiket penyeludupan itu ditahan bersama seorang lagi individu ketika cuba keluar dari Australia pada 13 Ogos 2017.

“Tiga lagi rakyat Malaysia telah ditahan ketika mengeluarkan rokok-rokok berkenaan di dua kilang pada 10 Ogos 2017,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN