Pelakon komedi dahului tinjauan pemilihan Presiden Ukraine - Utusan Malaysia

Pelakon komedi dahului tinjauan pemilihan Presiden Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEV 25 Feb. – Pelakon komedi, Volodymyr Zelenskiy menjadi pencabar utama dalam pemilihan Presiden negara ini, menurut tinjauan terbaharu yang dikeluarkan hari ini.

Lapor Reuters, tinjauan yang dikendalikan oleh Institut Sosiologi Antarabangsa Ukraine (KIIS) menunjukkan Zelenskiy, 41, meraih 15.4 peratus sokongan orang ramai.

Penyandang Presiden, Petro Poroshenko meraih 10.5 peratus manakala pemimpin pembangkang, Yulia Tymoshenko mendapat 8 peratus sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pilihan raya akan berlangsung pada 31 Mac dan 44 calon dijadualkan bersaing pada pemilihan berkenaan.

Sekiranya tiada calon yang memenangi 50 peratus undian, dua calon tertinggi akan bertanding kembali antara satu sama lain pada 21 April.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×