30 militan dibunuh di Burkina Faso - Utusan Malaysia

30 militan dibunuh di Burkina Faso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OUAGADOUGOU 25 Feb. – Kira-kira 30 suspek militan dibunuh oleh tentera Burkina Faso menerusi operasi darat dan udara di timur negara ini pada minggu lalu.

Burkina Faso merupakan sebahagian daripada kempen ketenteraan diketuai oleh Perancis terhadap kumpulan militan di Sahel.

Menurut kenyataan tentera, pasukan khas, tentera dan unit tentera udara menyerang militan di Kombienbiga, Kabonga dan beberapa wilayah lain di bahagian timur negara ini pada Selasa dan Rabu minggu lalu. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×