[VIDEO] Feri Langkawi-Kuala Perlis terbakar - Utusan Malaysia

[VIDEO] Feri Langkawi-Kuala Perlis terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 25 Feb. – Lebih 50 orang penumpang sebuah feri berdepan detik cemas apabila kenderaan terbabit terbakar ketika dalam perjalanan dari Jeti Kuah ke Jeti Kuala Perlis, dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walau bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, kesemua mereka dilaporkan sempat diselamatkan selepas beberapa buah bot nelayan dan bot pelancong berdekatan menyedari insiden tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.48 petang dan segera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pantai.

“Maklumat awal mendapati, terdapat mangsa yang bertindak terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN