Carrick akan kembali beraksi - Solskjaer - Utusan Malaysia

Carrick akan kembali beraksi – Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 25 Feb. – Ole Gunnar Solskjaer secara berseloroh menyatakan bahawa jurulatih kelab itu, Michael Carrick mungkin akan kembali beraksi selepas kelab itu berdepan dengan krisis kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

United yang terikat seri tanpa jaringan dengan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam menyaksikan empat pemain mengalami kecederaan pada separuh masa pertama.

Daripada jumlah itu, tiga daripadanya adalah pemain United iaitu Ander Herrera, Juan Mata dan pemain gantian, Jesse Lindgard.

Selain itu, Marcus Rashford juga berdepan masalah kecederaan sepanjang perlawanan itu selain Nemanja Matic yang turut mengalami masalah sama.

Kecederaan itu menyaksikan United kini hanya tinggal bergantung kepada Paul Pogba, Scott McTominay serta Andreas Pereira dan Solskjaer mencadangkan Carrick yang menamatkan kariernya selaku pemain musim lalu untuk kembali beraksi bersama United.

“Michael mungkin akan kembali beraksi. Nasib baik krisis kecederaan ini tidak begitu serius sehingga memerlukan saya untuk kembali beraksi,” katanya sambil berseloroh kepada MUTV.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN