HOC tawar harga rumah bawah RM300,000  - Utusan Malaysia

HOC tawar harga rumah bawah RM300,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Orang ramai digalakkan merebut peluang memiliki rumah pertama sempena Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2019 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Mac ini.  

Memuatkan artikel berkaitan…
Soam Heng Choon
Soam Heng Choon 

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Ir. Soam Heng Choon berkata,  HOC merupakan peluang terbaik bagi bakal pembeli yang ingin mencari rumah di bawah harga RM300,000 di sekitar Lembah Klang.  

Beliau berkata, lebih 50 pemaju akan mengambil bahagian dengan pelbagai tawaran harga rumah mengikut segmen masyarakat di negara ini sehingga mencecah nilai hartanah RM2.5 juta. 

“HOC menawarkan pelbagai jenis hartanah dan rumah kepada pengunjung serta bakal pembeli dengan 180 reruai pihak pemaju dan 18 reruai daripada agensi kerajaan seperti 
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Perbadanan PR1MA Malaysia,  Syarikat Perumahan Negara Berhad,  Permodalan Nasional Berhad dan UDA holdings Berhad.  

“Ekspo selama tiga hari itu juga turut melibatkan kerjasama dengan lima institusi kewangan seperti Maybank, RHB Bank dan Public Bank bagi memudahkan bakal pembeli menyesuai padan keperluan kewangan,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma REHDA, Kelana Jaya di sini hari ini.  

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa HOC 2019, Datuk N.K. Tong dan Pengerusi Jawatankuasa Mapex, Datuk Ng. Seing Liong. 

Ekspo hartanah besar-besaran itu dianjurkan oleh REHDA dengan kerjasama KPKT akan turut diadakan di negeri lain bagi menjual lebih 22,000 unit rumah yang tidak terjual.

Ekspo itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari pertama, 1 Mac nanti.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN