KKM komited wajibkan suntikan vaksin - Utusan Malaysia

KKM komited wajibkan suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berputus asa dalam usaha untuk mewajibkan suntikan vaksin imunisasi walaupun mengakui sukar untuk melaksanakan sesuatu program secara mandatori.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kementerian mempunyai tanggungjawab menyeluruh dalam memastikan golongan sasar dalam program itu mendapat pencerahan lanjut mengenai kepentingan vaksin.

“Apapun kami akan mulakannya (dasar mewajibkan suntikan vaksin), tapi yang paling penting ialah keinsafan dan kesedaran ibu bapa bahawa keselamatan dan kesihatan anak mereka penting dan tahu risiko sekiranya tidak divaksin.

“Golongan anti vaksin hanya diberi pendedahan dari sudut negatif dan tidak berdasarkan bukti kesihatan, oleh itu semua pihak bukan sahaja di kementerian malah Jakim dan ramai mufti telah memberi penjelasan positif mengenai vaksin,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Codex Berkaitan Lemak dan Minyak (CCFO) ke-26 di sini hari ini.

Semalam Dzulkefly dilaporkan berkata, cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan akan dibincang pada mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Kesihatan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN