Lelaki letak patung berhala di surau ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki letak patung berhala di surau ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Seorang lelaki berumur 37 tahun yang dipercayai mempunyai masalah mental ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan dua kejadian meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Pandamaran, Klang baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki terbabit ditahan di sebuah rumah di Taman Pandamar Indah, pukul 6.15 petang semalam.

“Suspek ditahan di rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari kedudukan surau itu di Taman Pandamar Indah.

“Ujian air kencing yang dilakukan turut menunjukkan bahawa suspek positif dadah jenis syabu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan jemaah surau itu menemui dua patung berhala yang diletakkan di atas pagar surau berkenaan.

Rabu lalu pula jemaah surau itu menemui berhala ‘Datuk Gong’ bersaiz lebih besar diletakkan di tepi pintu masuknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN