KUALA LANGAT – Kariah Masjid Taqwa, Surau Raudatul Muttaqin dan Yayasan Amal Malaysia bekerjasama membekalkan air bersih Program Water4life di dua negara Afrika iaitu Cameroon dan Chad.
Menurut Timbalan Nazir Masjid Taqwa Banting, Zainal Ali, program tersebut melibatkan pembinaan mesin gerudi dan pemampat udara bernilai hampir RM220,000 yang ditanggung kosnya oleh Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara tersebut, Cansuyu Cameroun.
Katanya, ini merupakan Misi Water4life ini kedua dengan sebelum ini adalah di Sudan.
“Kita akan membuat penghantaran mesin-mesin ini dalam kontena seberat 15 tan pada 2 Mac depan.
“Selain itu, kita turut akan menghantar sumbangan berupa pakaian dan peralatan kesihatan “katanya ketika ditemui di Masjid Taqwa di sini hari ini.
Zainal berkata, beliau akan pergi secara bersendirian ke Cameroon hujung bulan Mac depan bagi menjadi tenaga pengajar kepada pihak NGO Cansuyu melakukan kerja-kerja membuat telaga tiub.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh memasukkan wang sumbangan ke akaun CIMB Bank, Darul Ilmi Boundry nombor akaun 86-0347248-3 atau menghubungi Zainal di talian 0132622055. – K! ONLINE











