6,000 pengakap berkhemah di Sungai Petani - Utusan Malaysia

6,000 pengakap berkhemah di Sungai Petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 24 Feb. – Kira-kira 6,000 orang menyertai Program Kedah Scouts Day Out dan Hari Pengasas Pengakap 2019 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah (PPMNK) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar, di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi program itu, Badrul Hisam Abdullah berkata, perhimpunan kali ini antara yang terbesar pernah diadakan dengan dihadiri pengakap dari sekolah rendah, menengah, Kelana, institut pendidikan guru dan institut pengajian tinggi.

“Peserta berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai acara istimewa termasuk pertandingan mewarna, permainan rakyat, nyanyian lagu patriotik dan masakan.

“Banyak perkara menarik dapat peserta lihat secara dekat apabila menyertai perhimpunan pengakap terbesar seperti ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Yang turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Mohd. Nizar Yusoff dan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan negeri, Marzuki Daud.

Tambah Badrul Hisam, perhimpunan itu juga berupaya mengeratkan lagi hubungan baik antara sesama pengakap yang hadir dari seluruh negeri.

Sementara itu, ujar Marzuki, langkah yang sedang dilakukan oleh PPMNK bagi mendapatkan sebidang tanah daripada kerajaan negeri untuk dijadikan Pusat Latihan Pengakap amat bertepatan.

“Pelbagai perkara berkaitan latihan dapat diadakan dengan adanya kemudahan itu. Malah, peserta juga akan sentiasa mengingati sejarah pengakap yang wujud di negara ini sejak tahun 1922 hingga sekarang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN