Hari Tanpa Kenderaan MDHS meriah - Utusan Malaysia

Hari Tanpa Kenderaan MDHS meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Lebih 1,200 pengunjung memeriahkan Hari Tanpa Kenderaan 2019 yang diadakan di Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor baru-baru ini.

Program anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat agar mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor selain memupuk amalan gaya hidup sihat bersama keluarga.

MDHS dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti larian santai sejauh satu kilometer, senamrobik, pertandingan permainan video PS4, eco free market dan flea market.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut disediakan aktiviti bersama keluarga seperti mencanting batik, mengecat wajah, menaiki beca dan kereta kuda serta jualan gerai makanan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, MDHS juga membuka kaunter barangan kitar semula sebagai inisiatif menjalankan kempen mencintai alam sekitar.

“Pengunjung membawa barang kitar semula dari rumah masing-masing dan membuat penebusan barang tersebut melalui hadiah misteri yang disediakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×