Bantuan RM100 kepada pelajar IPT - Utusan Malaysia

Bantuan RM100 kepada pelajar IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) sebanyak RM100 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) warganegara Malaysia pada tahun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bantuan tersebut akan disalurkan pada hujung bulan Mac ini dengan menggunakan mekanisme sedia ada iaitu kad debit Bank Rakyat yang merupakan penambahbaikan daripada sistem baucar buku.

Jelasnya, bantuan tersebut dijangka memanfaatkan seramai 1.2 juta pelajar berdasarkan pangkalan data yang lama dan melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan ini telah dibuat berdasarkan cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengurangkan beban kewangan pelajar di peringkat IPT.

“Penyaluran BPPT dilakukan selaras dengan pengumuman kerajaan pada 20 Februari lalu untuk memberi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 untuk golongan bujang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Guan Eng, perincian pelaksanaan BPPT dan kriteria kelayakan penerima akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kelak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×