Ini adalah United berbeza - Henderson - Utusan Malaysia

Ini adalah United berbeza – Henderson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Feb. – Kapten Liverpool, Jordan Henderson bimbang dengan ancaman Manchester United yang dilihat semakin menunjukkan peningkatan prestasi.

United sebelum ini tewas 1-3 kepada Liverpool di Anfield, Disember lalu dan keputusan itu membuatkan Jose Mourinho dipecat daripada jawatan pengurus The Red Devils dan kedudukannya digantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Skuad kendalian Solskjaer masih belum tewas dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak tewas di Anfield, menang lapan daripada sembilan perlawanan terakhir mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Henderson yang yakin dengan kemampuan Liverpool untuk mengatasi Manchester City dengan kelebihan tiga mata di puncak liga sedar dengan ancaman berbeza daripada United di Old Trafford.

“Mereka adalah United yang berbeza. Mereka semakin baik sekarang ini, prestasi mereka semakin meningkat dan semua boleh lihat dengan jelas.

“Mereka sungguh cemerlang ketika menundukkan Chelsea dalam aksi Piala FA. Serangan balas mereka sangat efisyen dan pertahanan mereka juga sangat kental.

“United adalah pasukan hebat dengan barisan pemain handalan dunia. Ia sudah pasti akanjadi cabaran besar di Old Trafford.

“Kami perlu beraksi cemerlang dan berikan segalanya untuk menang. Ketika ini setiap perlawanan sangat penting buat kami dan tiga mata di Old Trafford, sangat besar buat kami,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×