Kenyataan PM jejas sokongan Melayu - Utusan Malaysia

Kenyataan PM jejas sokongan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Kenyataan yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa jumlah penjawat awam perlu dikurangkan dilihat tidak kondusif untuk Pakatan Harapan (PH) yang sedang bertan­ding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, perkhidmatan awam adalah satu perkara penting bagi orang Melayu malah dianggap satu daripada hak istimewa orang Melayu.

MAZLAN ALI
MAZLAN ALI

Katanya, orang Melayu juga banyak bergantung harap kepada perkhidmatan awam untuk membina karier dan mencari nafkah bagi menampung kehidupan seharian.

“Saya fikir kenyataan Dr. Mahathir ini tidak kondusif untuk PRK DUN Semenyih kerana peratusan tinggi pengundi Melayu (68 peratus) boleh menyebabkan mereka (Melayu) akan memprotes kenyataan beliau dengan memberi undi kepada BN.

“Perkhidmatan awam adalah isu sensitif maka sebarang cadangan untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam, walaupun cadangan itu ada asas­nya, ia tetap akan dipandang serong dan ditolak oleh orang Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementa­ra itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, isu itu boleh memberi kesan kepada keputusan pengundi kerana isu tersebut pernah dibawa oleh beberapa pemimpin PH sebelum ini.

“Kesannya bergantung kepada sejauh mana parti lawan (BN) dan Bebas menjadikan ia mo­dal kempen dengan jayanya.

“Secara langsung saya tidak pasti berapa ramai penjawat awam tinggal di sana tetapi ia berhampiran dengan Bangi, Kuala Lumpur, Cheras dan Putrajaya yang mana tempat penjawat awam bekerja.

“Saya lihat pertembungan antara PH dan BN pada kali ini akan jadi sengit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN