Timbalan Pengarah agensi kerajaan di Kedah direman 5 hari kes tuntutan palsu - Utusan Malaysia

Timbalan Pengarah agensi kerajaan di Kedah direman 5 hari kes tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 22 Feb. – Timbalan Pengarah agensi kerajaan di Kedah serta dua lagi kakitangan agensi kerajaan di negeri ini ditahan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes tuntutan palsu melibatkan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan pakaian seragam dianggarkan bernilai lebih RM27,000.

Perintah tahanan reman selama lima hari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Muna Maria Azmi di Mahkamah Majistret Georgetown di sini pagi ini.

Semalam, Timbalan Pengarah berusia 56 tahun itu ditahan di Kedah manakala dua lagi suspek ditahan di Seberang Perai di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Siasatan awal mendapati pada 2016, Timbalan Pengarah itu yang berkhidmat di negeri ini telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran palsu berhubung kerja pembekalan dan jahitan pakaian seragam kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan agensi berkenaan sedangkan pembekalan pakaian seragam tersebut tidak dibuat sepenuhnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×