EW tawar pakej perkahwinan eksklusif, lengkap di ICCC - Utusan Malaysia

EW tawar pakej perkahwinan eksklusif, lengkap di ICCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Event Wedding & Catering (EW) telah bekerjasama dengan i-City melalui penyewaan dewan utama i-City Convention Centre (ICCC) sebagai pilihan terbaik bagi bakal mempelai meraikan hari bahagia mereka bersama keluarga dan rakan.

Pengasas syarikat, Fitry Mustafa ber­kata, dewan utama ini mampu memenuhi keperluan pelanggan untuk penganjuran yang lebih eksklusif tetapi lengkap de­ngan pelbagai kemudahan melalui tawaran harga pakej antara RM30,000 hingga RM40,000 bagi kehadiran 1,000 tetamu.

Pakej di dewan utama ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti katering, busana daripada butik pengantin, perkhidmatan fotografi, pengacaraan majlis dan kad undangan, pelamin bara­ngan dan cenderahati.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syarikat yang telah berpengalaman dalam bidang ini sejak hampir tiga tahun memiliki keunikannya tersendiri dalam menawarkan perkhidmatan terbaik pe­nganjuran majlis perkahwinan.

“Kami menyedari persaingan dalam industri ini sangat sengit tetapi masih ada pelanggan yang mahu mencari dewan utama seperti ini untuk meraikan hari bahagia masing-masing.

“Namun, permintaan pelanggan tidak dihampakan kerana kami sedia berun­ding dengan pelanggan mengikut bajet mereka, ia terbahagi kepada tiga pakej iaitu biasa, sederhana atau eksklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran dewan utama EW di ICCC baru-baru ini.

Fitri menjelaskan, sehingga kini, syarikat telah menerima beberapa tempahan untuk penganjuran majlis perkahwinan di dewan utama itu.

Syarikat kini agresif mempromosikan pakej perkahwinannya melalui media sosial serta menyertai pameran perkahwinan di pusat beli-belah dan ekspo utama di seluruh negara.

“Kami menyasarkan untuk menganjurkan antara 30 hingga 50 majlis perkahwinan di dewan utama di ICCC sepanjang tahun ini,” jelasnya.

Selain di ICCC, syarikat juga mengendalikan sebuah dewan perkahwinan yang turut dijadikan dewan pelbagai majlis, Delaman Event Space di Bukit Jelutong Shah Alam.

“Bagaimanapun pakej yang ditawarkan di situ agak rendah iaitu pada harga RM21,000 untuk 1,000 tetamu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×