CARACAS 22 Feb. – Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido menuju ke sempadan Colombia untuk secara peribadi membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan.
Jurucakap Guaido memberitahu, pemimpin berusia 35 tahun yang diiktiraf sebagai Pemangku Presiden oleh lebih 50 buah negara, bertindak sedemikian sebagai bentuk tentangan terhadap pemerintah yang disokong tentera.
Beliau memulakan perjalanan sejauh 900 kilometer itu dari Caracas bersama beberapa kenderaan bagi mengalu-alukan bantuan antarabangsa walaupun berdepan sekatan kerajaan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











