RHB terima Anugerah 
Prestasi Terbaik SJPP - Utusan Malaysia

RHB terima Anugerah 
Prestasi Terbaik SJPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb. – RHB Banking Group (RHB) me­nerima Anugerah Prestasi Terbaik daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) kerana menyediakan jumlah pembiayaan terbesar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah skim pembiayaan yang dijamin kerajaan.

SJPP adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.) dan pentadbir serta pengurus skim jaminan kredit di bawah MoF Inc.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, anugerah tersebut mengiktiraf bank sebagai antara lima institusi kewangan yang memiliki pasaran terbesar bagi pinjaman SJPP berjumlah RM1.43 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

“RHB menyumbang seba­nyak 20.1 peratus diikuti oleh SME Bank (15.6 peratus), Maybank (13.8 peratus), Standard Chartered (11.4 peratus) dan United Overseas Bank (8.9 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anugerah itu di­sampaikan oleh Menteri Kewa­ng­an, Lim Guan Eng.

Tambah Khairussaleh, pihaknya akan terus merangsang pertumbuhan PKS di Malaysia de­ngan menyediakan penyelesaian kewangan yang menyeluruh dan ekosistem yang menyokong keperluan operasi.

“Kami berbesar hati menjadi bank pilihan pelanggan yang mempercayai kami mampu menyediakan kepakaran dan perkhidmatan untuk memacu pertumbuhan perniagaan me­reka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×