Siapa lagi akan lompat parti? - Utusan Malaysia

Siapa lagi akan lompat parti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Feb. – Sejumlah bekas ahli Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Britain, Theresa May yang kini menyer­tai ‘pakatan bebas’ memberi gambaran lebih ramai ahli Parlimen akan ‘lompat parti’.

Daily Mail melaporkan, Anna Soubry, Sarah Wollaston dan Heidi Allen merupakan tiga anggota Konservatif yang keluar parti untuk menyertai kumpulan bebas berkenaan.

Kumpulan itu ditubuhkan pada Isnin lalu oleh tujuh bekas ahli Parlimen daripada Parti Buruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gambaran itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan ahli Parlimen mengenai siapa lagi yang akan keluar parti selepas ini.

Sebelum itu, ahli Parlimen Aberconvy dari Konservatif iaitu Guto Bebb meletak jawatan sebagai Menteri Pertahanan kerana keputusan May mengenai Brexit dan mendesak supaya referendum kedua diadakan.

Ahli Parlimen Brecknell, Phillip Lee turut meletak jawatan sebagai Menteri Kehakiman disebabkan oleh Brexit dan memaklumkan beliau ‘faham’ sekiranya rakan-rakan seperjuangan menyertai ‘pakatan bebas’.

Selain itu, ahli Parlimen Grantham dan Stamford, Nick Boles mengakui bersetuju dengan perjuangan yang dilakukan pakatan tersebut, namun beliau menolak dakwaan mengenai akan mening­galkan Konservatif.

Beliau memberitahu masih belum bersedia untuk ‘berputus asa dengan Konservatif’.

Dalam pada itu, bekas calon kepemimpinan Parti Buruh, Owen Smith memaklumkan sedang mempertimbangkan untuk lompat parti susulan kecewa dengan keputusan May berhubung Brexit.

Seorang lagi anggota Parti Buruh, Ian Austin yang juga ahli Parlimen Dudley North memberitahu, pihaknya ‘berfikir lama’ sama ada untuk menyertai rakan seperjuangannya dalam kumpulan bebas atau tidak.

Sementara itu, May yang kini berada di Brussels menyatakan rasa kecewa serta sedih selepas tiga ahli Konservatif membuat keputusan untuk keluar parti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini