Parlimen Jordan gesa usir Duta Israel - Utusan Malaysia

Parlimen Jordan gesa usir Duta Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN 21 Feb. – Anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Palestin Parlimen Jordan mendesak supaya Duta Israel diusir sebagai maklum balas kepada tindakan-tindakan rejim Zionis di Baitulmuqaddis sejak kebelakangan ini.

Press TV melaporkan, Parlimen Jordan dalam satu kenya­taan memaklumkan, jawatankuasa itu turut meminta agar Duta Jordan di Tel Aviv dibawa pulang ke sini.

Menurut kenyataan itu, Parlimen Jordan mengutuk tindakan Israel yang dilihat melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami meminta kerajaan untuk memanggil kembali Duta Jordan dari Tel Aviv dan mengusir Duta Israel di Amman,” jelas kenyataan itu.

Seruan itu dibuat selepas rejim Israel mengharamkan penduduk Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Mereka juga menangkap beberapa penduduk Palestin di pekarangan masjid itu dan mencederakan beberapa yang lain dalam serangan ketika memasuki masjid.

Tambah kenyataan tersebut, tindakan sebegitu ‘mewakili peringkat baharu dan bahaya yang memprovokasi berjuta Muslim di seluruh dunia’.

Sementara itu, agensi berita Ma’an melaporkan, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanan Ashrawi memberitahu, tindakan Israel itu dilihat ke arah polisi berbahaya dan tidak bertanggungjawab menyasarkan pengubahan status quo sejarah dalam bandar itu dan sentimen agama.

“Serbuan provokatif penduduk Israel yang dibuat secara konsisten dan berterusan dalam pekarangan masjid itu di sam­ping gangguan kepada kerja serta pengurusannya menimbulkan kemarahan dan keadaan tidak stabil.

“Penutupan pekarangan Masjid al-Aqsa, pintu al-Rahma dengan rantai besi, mengubah pekarangan menjadi zon tentera tertutup dan menyerang penduduk Islam adalah tidak dapat dimaafkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini