Berita palsu, bohong masuk neraka - Utusan Malaysia

Berita palsu, bohong masuk neraka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAKASSAR 21 Feb. – Calon Naib Presiden, Ma’ruf Amin meng­ingatkan mengenai bahaya berita palsu dan pembohongan yang dilihat berupaya memecahbelahkan bangsa Indonesia.

TribunNews melaporkan, penularan berita palsu disumbangkan oleh pihak-pihak yang sengaja ingin menyampaikan maklumat dengan cara yang salah.

Menurutnya, keadaan itu secara tidak langsung boleh menyebabkan demokrasi dan Perlembagaan Indonesia menjadi kacau-bilau yang akhirnya menyaksikan rakyat saling bergaduh atau bermusuhan antara satu sama lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, berita palsu perlu dicegah serta-merta kerana pembohongan hanya membawa kepada perbuatan atau tindakan yang tidak seharusnya dilakukan.

“Perbuatan menyimpang itu boleh mengheret manusia masuk neraka,” katanya ketika menghadiri sesi Dialog Nasional Keagamaan yang bertemakan ‘Mengutamakan Islam Wasatiyah: Bahaya Be­rita Palsu dan Fitnah dalam Kehidupan, Agama dan Rak­yat’ di sini.

Beliau menambah, berita palsu termasuk dalam perbuatan berbohong.

Oleh yang demikian pihaknya berharap kegiatan menyebar berita palsu tidak akan berterusan kerana perbuatan itu tidak digalakkan dalam Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×