Jin Wei ke separuh akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan 2019 - Utusan Malaysia

Jin Wei ke separuh akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 Feb. – Pemain pilihan utama perseorangan wanita, Goh Jin Wei meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan 2019, selepas menewaskan N. Saranya, 21-11, 21-9, petang tadi.

GOH JIN WEI

Jin Wei,19, sebelum itu dengan mudah melepasi cabaran di peringkat suku akhir perseorangan wanita, dengan mengalahkan Lee Zii Yi, 21-13, 21-13 dalam masa 26 minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Juara remaja dunia dua kali itu berkata walaupun berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir, permainannya hari ini perlu diperbaiki.

“Saya kurang berpuas hati dengan permainan hari ini, banyak kesilapan yang saya lakukan dan akan memperbaiki aksi pada perlawanan seterusnya.

“Esok saya akan bermain sebaiknya, untuk rangkul semula gelaran juara kebangsaan perseorangan wanita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Arena Badminton Perak di sini hari ini.

Dalam pada itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, turut menempah tiket ke separuh akhir apabila menewaskan gandingan Goh Soon Huat dan Cheah Yee See, 21-19, 25-23.

Peng Soon berkata penampilan mereka di Kejohanan Badminton Kebangsaan bertujuan memantapkan lagi mutu permainan.

“Ini peluang yang sangat bagus untuk kami berlatih, dan setakat ini prestasi kami agak baik, tetapi boleh lebih baik. Hari ini kami juga berpeluang menentang pasangan yang bagus, jadi bagi saya perlawanan hari ini berkualiti tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×