Sarjan wanita diragut - Utusan Malaysia

Sarjan wanita diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Seorang anggota polis wanita berpangkat Sarjan berdepan detik cemas selepas diragut di hadapan bangunan Koperasi Polis di Kampung Attap, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.15 pagi apabila mangsa berusia 59 tahun yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak diekori dari arah belakang oleh sebuah motosikal.

“Suspek yang menaiki motosikal datang dari arah belakang dan terus meragut beg tangan yang disandang di bahu kanan mangsa seterusnya melarikan diri. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil rakaman percakapan, mangsa tidak dapat mengecam wajah dan nombor pendaftaran motosikal yang ditunggangi suspek kerana kejadian berlaku terlalu pantas. Lawatan ke lokasi kejadian juga mendapati saksi bebas hanya melihat kejadian setelah mendengar jeritan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shaharuddin, lokasi kejadian dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan pihaknya akan meneliti rakaman untuk siasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini