ALGIERS 21 Feb. – Sebuah pesawat tempur Algeria terhempas ketika latihan lewat malam, mengorbankan dua kru, menurut laporan Kementerian Pertahanan.
Pesawat Sukhoi SU-24 itu terhempas di kawasan ladang di wilayah Tiaret, kira-kira 250 kilometer dari barat daya Algiers.
Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan, juruterbang dan pembantu juruterbang terbunuh ketika ‘latihan penerbangan lewat malam’ dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











