SEMENYIH – Imej ‘Bossku’ yang dibawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tidak menggugat peluang Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankan kerusi itu.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata kebanyakan pengikut Najib yang menghadiri programnya di sini bukanlah pengundi di kawasan Semenyih tetapi merupakan orang luar.
“(Bagi saya) ia seolah-olah satu penghinaan kepada rakyat kerana cuba meraih sokongan walaupun semua sedia maklum beliau (Najib) terpalit dengan macam-macam masalah penyelewengan.
Berita berkaitan:
“(Tetapi) terpulang kepada Barisan Nasional (BN) jika merasa beliau mampu memberi kekuatan kepada BN mereka boleh teruskan,” katanya kepada pemberita selepas berkempen bertemu masyarakat India di Ladang Rinching di sini hari ini.
Menteri Besar Kedah itu turun berkempen bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali yang berdepan tiga lagi calon bagi kerusi DUN Semenyih. – Bernama











