McIlroy tidak sertai Terbuka Ireland - Utusan Malaysia

McIlroy tidak sertai Terbuka Ireland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Feb. – Rory McIlroy mengesahkan dia tidak akan menyertai Terbuka Ireland, bagi membolehkannya memberi tumpuan membuat persediaan untuk Terbuka Britain, yang akan dilangsungkan di negara kelahirannya Ireland Utara, Julai ini.

Pemenang empat gelaran utama itu berkata, keputusannya untuk tidak menyertai pertandingan di Lahinch, Republik Ireland, diyakini dapat memberinya peluang lebih baik memenangi Terbuka Britain, yang akan kembali ke Ireland Utara buat kali pertama sejak 1951.

“Jika ada tahun yang saya rasakan boleh ketepikan Terbuka Ireland, ini tahunnya,” kata McIlroy kepada BBC Sport Ireland Utara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas pemain No. 1 dunia itu memberitahu, perancangannya untuk memastikan prestasinya berada dalam keadaan konsisten menjelang Terbuka Britain yang bakal diadakan di Royal Portrush, dari 18 hingga 21 Julai, dia akan menyertai Terbuka Scotland, ini bermakna memaksanya mengetepikan pertandingan di Lahinch bagi memastikan dirinya sentiasa cergas.

“Jika saya bermain pada Terbuka Ireland, Open Championship akan menjadi pertandingan ketiga berturut-turut saya sertai. Bagi saya, ia bukan satu cara terbaik membuat persediaan menjelang pertandingan terbesar dalam kehidupan saya,” ujarnya.

McIlroy, pernah menjuarai Terbuka Britain di Liverpool pada 2014. Terbuka Ireland akan diadakan pada 4-7 Julai, dengan Terbuka Scotland bakal dilangsungkan minggu berikutnya di North Berwick.

Pemain berusia 29 tahun itu yang kini berada di ranking No. 8 dunia, akan mengekalkan keahliannya dalam Jelajah Eropah pada tahun depan. November lalu, McIlroy yang memberi bayangan akan melepaskan hak keahliannya dalam usaha bagi mendapatkan kembali kedudukan teratas ranking dunia berkata, dia merancang untuk memberi tumpuan bermain di Amerika Syarikat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×