Ke arah pembangunan terancang tanah rizab Melayu - Utusan Malaysia

Ke arah pembangunan terancang tanah rizab Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 21 Feb. – Satu sessi pertemuan dan kunjungan hormat oleh Jawatankuasa Penganjuran Konvensyen Tanah Rizab Melayu, UiTM dengan Naib Canselor UiTM yang baru iaitu Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim telah diadakan pada hari ini bertempat di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.

Pertemuan dan kunjungan hormat diketuai Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling selaku Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (UiTM) dan Prof. Dr. Jamalunlaili Abdullah selaku Dekan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam.


Konvensyen ini bertujuan untuk mengumpul para ilmuan, ahli akademik yang berpengalaman dalam Tanah Rizab Melayu (TRM) untuk membincangkan dan merungkai isu serta cabaran yang dihadapi dalam menangani masalah serta mengusulkan strategi terbaik dalam memelihara TRM untuk generasi akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…
rezab-2
 


Keterangan lanjut mengenai konvensyen ini boleh diperolehi dengan melayari www.trmuitm.wixsite.com/website.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×