Kerajaan akui SST tidak mampu kurangkan harga barang - Utusan Malaysia

Kerajaan akui SST tidak mampu kurangkan harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 19 Feb. – Kerajaan mengakui cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak mampu mengurangkan harga barang sehingga kerajaan terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada Kementerian Kewa­ngan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amirud­din Hamzah ber­kata, kerajaan juga sedar bahawa pelaksanaan SST hanya mampu me­ngutip keuntungan se­banyak RM21 bi­lion setahun sahaja berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang jauh lebih tinggi.

AMIRUDDIN HAMZAH
AMIRUDDIN HAMZAH 

Menurutnya, disebabkan itu kerajaan kehilangan RM23 bilion setahun berbanding GST yang mampu memberikan keuntungan sebanyak RM44 bi­lion setahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kehilangan hasil sebanyak RM23 bilion juga tidak menyebabkan harga barangan turun.

“Rakyat juga masih mengeluh walaupun peningkatan harga yang berlaku tidaklah terlalu banyak,” katanya semasa me­nyampaikan ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan di Bandar Rinching di sini, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN