JOHOR BAHRU 19 Feb. – Sebanyak 28 penduduk daripada empat keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Nong Chik di sini selepas rumah mereka di Kampung Mohd Amin dinaiki air setinggi hampir satu meter selepas hujan lebat petang ini.
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor Bahru dalam satu kenyataan di sini malam ini memberitahu, pusat pemindahan berkenaan dibuka pada pukul 6.30 petang tadi.
Katanya, semua mangsa dipindahkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
“Banjir kilat itu bermula selepas hujan melanda kira-kira 3.30 petang menyebabkan beberapa laluan utama di sekitar bandar raya ini dinaiki air.
“Antara kawasan yang dinaiki air Jalan Haji Yaakob, Kampung Mohd Amin, Kampung Nong Chik dan Jalan Skudai berhampiran Danga Bay,” demikian menurut kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE











