Pas tak pernah tandatangani perjanjian bertulis - Utusan Malaysia

Pas tak pernah tandatangani perjanjian bertulis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 17 Feb. – Pas tidak pernah menandatangani perjanjian bertulis dengan kerajaan Perdana Menteri berkaitan kempen untuk tidak menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sekali gus menafikan dakwaan banyak pihak ketika ini kononnya wujud perjanjian itu.

MenterI Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika mengesahkan perkara itu berkata, apa yang berlaku hanyalah perjanjian antara kedua belah pihak untuk meneruskan agenda untuk memperkasakan orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

“Tak ada kaitan langsung (dakwaan Pas tanda tangan untuk tidak sokong UMNO dalam PRK DUN Semenyih),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan Geran Hak Milik Tanah di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dr. Ahmad Samsuri merupakan antara tiga pemimpin Pas iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengadakan pertemuan kali kedua Pas dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhari di Ibunegara kelmarin.

Beliau seterusnya menjelaskan, dalam pertemuan itu, perbincangan adalah berkisar tentang royaltI selain kedudukan pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri termasuk Terengganu yang kini disandang oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini