Sasar 154 unit Skuad Bomba Tahfiz menjelang Mac ini - Utusan Malaysia

Sasar 154 unit Skuad Bomba Tahfiz menjelang Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Feb. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri mensasarkan sehingga 154 unit Skuad Bomba Tahfiz akan ditubuhkan menjelang penghujung Mac tahun ini.

Skuad Bomba Tahfiz tersebut terdiri daripada institusi pendidikan Islam termasuk sekolah tahfiz, sekolah agama dan sekolah pondok di negeri ini.

Pengarah JBPM negeri Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, namun setakat ini sebanyak 42 unit sudah ditubuhkan di 42 buah sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“42 buah sekolah ini melibatkan kawasan Zon 1 yang merangkumi tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

“Penubuhan skuad ini bertujuan untuk melatih pesertanya pengetahuan asas berhujung kebakaran dan langkah awal pencegahannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api dan Penyampian Sijil Skuad Bomba Zon 1 di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×