Malaysia boleh menang ke atas Kemboja - Kim Swee - Utusan Malaysia

Malaysia boleh menang ke atas Kemboja – Kim Swee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUA jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee optimis anak-anak buahnya mampu memulakan kempen Kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 22 tahun (B-22) dengan langkah kanan apabila turun menentang tuan rumah Kemboja pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Olimpik, Phnom Penh petang esok.

Meskipun meluahkan keya­kinan tersebut dengan nada positif selepas me­nyaksikan potensi pemain skuad muda Harimau Malaya sepanjang latihan pusat selama seminggu, Kim Swee bagaimanapun tetap me­ngakui bahawa mereka masih tetap perlu berwaspada dengan ancaman yang bakal diberikan oleh pasukan Kemboja.

“Kami dapat lihat Kemboja merupakan salah sebuah pa­sukan yang sedang meningkat naik dengan melakukan beberapa pembaharuan se­perti melantik jurulatih-jurulatih dari negara Jepun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini ialah perlawanan penting buat kedua-dua pa­sukan. Justeru, saya berharap barisan pemain negara tidak akan memandang rendah terhadap keupayaan mereka.

“Bagaimanapun, saya percaya dengan kebolehan pemain skuad ini dan rasanya mereka tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata penuh pada aksi itu nanti,” kata Kim Swee pada sidang akhbar di Phonm Penh semalam.

Mengulas lanjut, Kim Swee yang meletakkan sasaran untuk mara sekurang-kurang­nya ke pusingan separuh akhir, percaya kejohanan itu ialah medan terbaik buat pemain muda negara mendapat pendedahan sebelum mengharungi aksi kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 bulan depan.

“Kami sememangnya meletakkan sasaran untuk mara sejauh mungkin pada kejohanan ini sebagai penilaian sebelum mengharungi kelayakan Piala AFC B-23 yang mana kita mahu layak pada kejohanan sebenar pada tahun 2020 nanti.

“Saya anggap kejohanan Pia­la AFF B-22 sebagai pendedahan terbaik buat barisan pemain kita selain pro­ses mengetahui kekuatan pa­sukan remaja negara serantau lain yang kita sedar semakin menunjukkan pe­ningkatan dalam kualiti pemain mereka pada setiap tahun,” katanya lagi.

Selepas aksi bertemu Kemboja, skuad Malaysia akan bertemu seteru tradisi, Indonesia pada Rabu depan sebelum melengkapkan aksi Kumpulan B dengan menentang Myanmar pada 22 Februari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×