Myvi model paling popular - Utusan Malaysia

Myvi model paling popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perodua telah menyerahkan lebih daripada 100,000 unit kereta Perodua Myvi generasi ketiga kepada pelanggan sejak pelancarannya pada November 2017, membuktikan minat dan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama tersebut.

Pengarah Urusan Pe­rodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Zahari Husin berkata, pihaknya menyerahkan lebih 1,560 unit model Myvi generasi ketiga secara purata setiap minggu de­ngan jumlah tempahan bagi model berkenaan kini telah mencecah 150,000 buah.

“Antara ciri-ciri yang digemari pelanggan pada model itu ialah reka bentuk bergaya, praktikaliti, mudah dipandu, kos pemilikan dan penyelenggaraan rendah, ruang yang luas walaupun bersaiz kompak, serta teknologi canggih yang biasanya hanya terdapat pada kenderaan mewah.

“Perodua Myvi merupakan model paling berjaya dalam sejarah kami,” kata­nya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Myvi generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2005 ke dalam pasaran Malaysia yang mana ketika itu itu didominasi oleh kende­raan sedan.

Zahari menerangkan, menjelang tahun 2013, ia telah mengatasi jualan ke­seluruhan kenderaan Kancil (berjumlah 708,000 unit dari 1994 hingga 2009).

“Sehingga kini, kami te­lah menjual hampir 1.1 juta Myvi secara keseluruhannya,” jelas beliau.

Perodua menutup tirai 2018 dengan rekod jualan 227,243 kenderaan, menjadikannya syarikat pengeluar kendera­an terkemuka Malaysia selama 13 tahun berturut-turut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×