RUU Gangguan Seksual tidak akan dibentang Mac depan - Utusan Malaysia

RUU Gangguan Seksual tidak akan dibentang Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rang undang-undang mengenai gangguan seksual tidak dapat dibentangkan pada persidangan Parlimen bulan depan berikutan kerajaan masih perlu meneliti hasil kajian impak yang baru selesai dijalankan terhadap undang-undang itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, langkah itu bagi memastikan liputan undang-undang yang menyeluruh dengan skop lebih besar.

“Gangguan seksual bukan sahaja boleh berlaku di tempat kerja tetapi juga di institusi dan sektor lain termasuk di rumah, jadi kami mahu pastikan akta itu benar-benar bermanfaat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pembaikan kemudahan di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memulakan konsultasi dengan badan bukan kerajaan dan mangsa gangguan seksual berdasarkan hasil kajian impak yang diterima.

Pada masa sama Hannah berkata, kerajaan tetap menyasarkan undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen pada tahun ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×