Rohani, Azman dalam senarai pendek BN - Utusan Malaysia

Rohani, Azman dalam senarai pendek BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Langat, Rohani Kasim dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Langat, Azman Ahmad dikatakan antara yang disenarai pendek sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Menurut sumber, nama mereka berserta empat yang lain telah diserahkan oleh UMNO Selangor kepada UMNO Pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon mewakili BN dalam PRK yang bakal berlangsung pada 2 Mac nanti.

“Turut berada dalam senarai itu ialah usahawan terkenal di daerah ini iaitu Datuk Mohd. Said Mat Saman selain seorang dari kepemimpinan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat satu lagi nama dicalonkan yang merupakan anak tempatan namun dia hanya ahli UMNO biasa dan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti,” kata sumber tersebut kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Azman merupakan calon BN bagi Parlimen Hulu Langat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu namun tewas kepada calon PKR, Hasanuddin Mohd. Yunos dalam saingan tiga penjuru.

Baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz memberitahu, enam nama menjadi pilihan UMNO bahagian itu untuk menjadi calon BN bagi PRK Seme­nyih sedang dalam proses tapisan BN Pusat.

Menurutnya, selepas proses tapisan selesai, nama yang terpilih akan diumumkan pada 13 atau 14 Februari ini.

PRK Semenyih diadakan apabila wakil rakyatnya, Bakhtiar Mohd. Nor, 57, me­ninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Langat itu mengalahkan Johan, wakil rakyat dua penggal DUN Semenyih, dengan majoriti 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×