Terowong perompak bank punca lubang benam Florida - Utusan Malaysia

Terowong perompak bank punca lubang benam Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMBROKE PINES, Florida – Kejadian lubang benam yang dilaporkan kepada pihak berkuasa di sini baru-baru ini didapati berpunca daripada satu terowong yang digali perompak untuk masuk ke sebuah bank berhampiran.

Terowong sempit sepanjang 45 meter dan antara dua ke tiga meter lebar itu dikorek dari kawasan hutan berhampiran dan masih belum siap. Hujung terowong itu pula sudah tidak jauh daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank Chase di Jalan Flamingo.

Anggota Polis Pembroke Pines dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan mereka sedang menjejaki lebih daripada seorang suspek dalam konspirasi merompak bank itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ejen Khas FBI Miami, Michael Leverock turut meluahkan rasa pelik memandangkan terowong itu sangat kecil dengan saiz seumpamanya hanya boleh dilihat dalam filem-filem yang tidak realistik.

“Kamu perlu menjadi seorang yang berani untuk berada dalam suasana sangat sempit jika mahu masuk ke dalam terowong sekecil ini,” kata Leverock. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×