Bom tangan era WW I dalam timbunan ubi kentang - Utusan Malaysia

Bom tangan era WW I dalam timbunan ubi kentang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG 3 Feb. – Sebutir bom tangan era Perang Dunia Pertama (WW I) buatan Jerman ditemukan tersembunyi bersama timbunan ubi kentang yang diimport dari Perancis untuk sebuah kilang kerepek tempatan.

Jurucakap polis, Superintendan Wilfred Wong Ho-hon berkata, bom tersebut dile­tupkan selepas ditemukan di sebuah gudang makanan ringan, Calbee, di sini.

“Bom itu dalam kea­daan tidak stabil kerana pernah ‘dilepaskan’ sebelum ini tetapi gagal meledak,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas beliau, bom berkenaan dibungkus dengan rapi sebelum diletupkan di sebuah longkang berhampiran gudang tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kami percaya bom itu secara tidak sengaja tersimpan bersama-sama ubi kentang yang diimport dari Pe­rancis,” tambahnya.

Pakar sejarah ketenteraan Hong Kong, Dave Macri memberitahu South China Morning Post, bom itu dipercayai ditinggalkan dalam parit ketika perang dan tertanam di sebuah ladang ubi yang dahulunya merupakan tapak perang di Perancis.

“Jika ditemukan dalam lumpur, alat peledak itu mungkin sekali ditinggalkan atau terjatuh daripada simpanan tentera ketika perang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini