Cinta Facebook pasangan bisu ke jenjang pelamin - Utusan Malaysia

Cinta Facebook pasangan bisu ke jenjang pelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Ikatan cinta pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat pendengaran dan bisu yang terjalin menerusi laman sosial Facebook dinoktahkan menerusi ikatan suci pernikahan.

Mohd. Zulkarnain Zahari, 29, dari Kampung Dewan Beta, Kota Bharu dan Siti Zahanis Zakaria, 21, Kampung Repek, Pasir Mas disatukan dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Mukim Repek, di sini semalam.

Mohd Zulkarnain dengan bantuan jurubahasa isyarat berkata, dia mula berkenalan dengan isterinya itu menerusi Facebook awal Oktober lalu.

“Saya sama sekali tidak menyangka perkenalan itu telah membibitkan rasa cinta antara kami.

“Selepas itu saya membuat keputusan yang paling besar dalam hidupnya iaitu menamatkan zaman bujang dengan Siti Zahanis,” katanya.

Pasangan OKU itu dinikahkan oleh Imam Tua Masjid Mukim Repek Othman Ahmad.

 Dengan sekali lafaz menggunakan bahasa isyrat Mohd. Zulkarnain sah menjadi suami kepada Siti Zahanis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×