Bekerjasama bawa Malaysia ke peringkat seterusnya - Utusan Malaysia

Bekerjasama bawa Malaysia ke peringkat seterusnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Feb. – Rakyat pelbagai kaum dan agama diseru untuk terus bekerjasama dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan makmur sekali gus melonjakkan pencapaian negara tercinta ini ke peringkat seterusnya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, 2018 menandakan sebagai satu tahun yang istimewa bagi rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat terutama dalam membawa titik perubahan kepada perjalanan baharu negara.

“Saya bersyukur kepada semua rakyat Malaysia. Mari kita kekal bersatu dan berada di landasan betul dalam menjadikan perjalanan ini satu kejayaan.

“Nasib negara berada di tangan anda semua. Ia adalah satu usaha mulia yang memerlukan persefahaman, amanah, integriti dan kepercayaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurut Mohamed Azmin, Tahun Baharu Cina membawa makna istimewa bagi masyarakat Cina di negara ini dan sebagai sebuah negara pelbagai etnik, perayaan berkenaan perlu disambut dengan semangat bersatu padu serta harmoni.

“Mari kita berharap tahun baharu ini menjadi sebuah tahun yang hebat dipenuhi kemakmuran, kegembiraan dan diberikan kesihatan serta nasib yang baik untuk semua,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×