Hina YDP Agong, Perkasa Kedah buat laporan polis - Utusan Malaysia

Hina YDP Agong, Perkasa Kedah buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 3 Feb. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook, Desmond Yongkor kerana menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Setiausaha Kehormatnya, Mohammad Afandi Mat Saman berkata, laporan itu yang dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah Sungai Petani di sini, bertujuan supaya individu tersebut disiasat segera dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya mengetahui mengenai perkara itu menerusi satu kumpulan Whatapp semasa berada di pejabat Perkasa di sini, pukul 5 petang, kelmarin.

“Perbuatan lelaki itu seperti mencabar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan yang sama sekali tidak boleh dimaafkan,” katanya kepada pemberita di sini.

Turut sama membuat laporan itu, Ketua Wirawati Perkasa negeri, Nurul Nabilah Md. Zuki, Pengerusi Perkasa Parlimen Merbok, Nawi Hussin dan Pengerusi Perkasa Parlimen Sungai Petani, Azrol Mansor.

Mohammad Afandi memberitahu, difahamkan sebelum ini, individu sama turut menghina sultan-sultan dalam isu penggiliran Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Azrol berkata, tindakan biadab pemilik Facebook berkenaan perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

“Saya mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan agar menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Perkasa Sungai Petani mahu tiada lagi mana-mana pihak mengulangi perbuatan seperti itu,” katanya.

Beliau menegaskan, prinsip kedua Rukun Negara yang menetapkan rakyat perlu menumpahkan taat setia kepada Raja perlulah dihayati.

“Selain itu, kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara yang sudah pun termaktub dalam perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan,” – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×