Dua jaringan Ronaldo tidak membantu Juventus - Utusan Malaysia

Dua jaringan Ronaldo tidak membantu Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 3 Feb. – Kegembiraan Cristiano Ronaldo meledak gol terencat apabila gagal memberi kemenangan kepada Juventus selepas Gervinho menjaringkan gol penyamaan untuk seri

3-3 dalam aksi Serie A di Stadium Allianz, semalam.

Juventus kehilangan dua mata berharga dan itu membenarkan pencabar terdekat, Napoli merapatkan kedudukan dengan sembilan mata di tempat kedua selepas mencatat kemenangan

bergaya 3-0 terhadap Sampdoria. Juve berada di tangga teratas dengan 60 mata.

Skuad kendalian Massimiliano Allegri kelihatan goyah selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan 0-3 kepada Atalanta pada 31 Januari lalu sekali gus memusnahkan harapan

Juve untuk memenangi Coppa Italia buat kali kelima berturut-turut.

Juventus terlebih dahulu berada di depan dengan dua gol sebelum Parma berjaya menyamakan kedudukan dan ketika kemenangan seakan-akan berpihak kepada tuan rumah, bekas

penyerang Arsenal, Gervinho meledak gol kedua peribadinya untuk mencuri satu mata berharga.

“Saya gembira kerana dapat menjaringkan gol tetapi bukan dengan keputusan perlawanan ini. Parma tidak melakukan apa-apa yang istimewa cuma mereka menunggu kami melakukan

kesilapan.

“Bagaimanapun, kami tidak bimbang kerana kami tahu ini musim hebat untuk Juventus,” kata Ronaldo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×