Lletget, Arriola julang AS - Utusan Malaysia

Lletget, Arriola julang AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO 3 Feb. – Pemain gantian, Sebastian Lletget menjadi inspirasi kemenangan Amerika Syarikat (AS) apabila meledak satu jaringan selain mencipta gerakan gol untuk membantu skuad kebangsaannya itu menewaskan Costa Rica 2-0 dalam aksi persahabatan, semalam.

PENYERANG AS, Paul Arriola (kanan) diasak pemain Costa Rica, Marvin Loria dalam aksi persahabatan di Stadium Avaya, semalam. – AFP

Lletget memecah kebuntuan dengan menanduk masuk bola ke dalam gawang pada minit ke-80 sebelum melakukan hantaran cantik kepada Paul Arriola yang menjaringkan gol kedua ketika permainan berbaki dua minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada babak kedua, pemain bangkit untuk memberi cabaran dengan lebih banyak serangan dilakukan. Kemenangan yang bagus untuk kami.

“Anda boleh lihat bagaimanapun pemain bekerjasama dengan baik. Anda dapat saksikan bagaimana mereka berusaha untuk mendapatkan kemenangan,” kata jurulatih baharu AS, Gregg Berhalter.

Beraksi dalam cuaca hujan dan berangin di San Francisco, California, AS merosakkan penampilan pertama Gustavo Matosas sebagai jurulatih The Ticos.

“Kami sentiasa berlatih untuk membuat tandukan hasil hantaran lintang dan tandukan saya kali ini berada tepat pada sasaran,” kata Lletget yang menjaringkan gol kedua dalam tujuh penampilan bersama AS. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×