PARIS 3 Feb. – Cesc Fabregas membuka akaun gol bersama Monaco apabila membantu pasukannya memperoleh tiga mata penting setelah menundukkan Toulouse 2-1 dalam aksi Ligue 1, semalam.
Pemain Sepanyol itu menyertai Monaco pada pertengahan bulan lalu selepas ditandatangani oleh Thierry Henry sebelum bekas rakan sepasukannya itu dipecat sehari kemudian.
Leonard Jardim kembali membimbing Monaco, tiga bulan selepas dia dipecat oleh kelab tersebut dan jurulatih dari Portugal itu berjaya memberi kemenangan pertama Monaco di laman sendiri pada musim ini.
Juara 2017 itu berada di depan menerusi menerusi jaringan Aleksandr Golovin seawal minit ke-15 selepas menerima umpanan cantik daripada Gelson Martins yang dipinjam dari Atletico Madrid.
Bagaimanapun, lima minit kemudian Toulouse bangkit untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Christopher Jullien sebelum Fabregas meledak gol kemenangan pada minit ke-62.
Itu merupakan kemenangan keempat Monaco pada musim ini dan menduduki tempat ketiga tercorot liga.
“Semua orang sudah mengetahui kisah lalu, sangat sukar apabila tidak menang sebarang perlawanan di laman sendiri sehinggalah hari ini.
“Sebab itu pemain sangat gembira, mereka memberikan aksi terbaik,” kata Jardim. – AFP











