Iran lancar peluru berpandu pelayaran baharu - Utusan Malaysia

Iran lancar peluru berpandu pelayaran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI 2 Feb. – Iran hari ini melancarkan peluru berpandu pelayaran baharu yang boleh mencapai jarak 1,300 kilometer sempena sambutan ulang tahun Revolusi Islam yang ke-40.

Menteri Pertahanan Iran, Brigadier Jeneral Amir Hatami ketika dalam ucapan perasmiannya berkata, peluru berpandu pelayaran tersebut memerlukan masa yang singkat untuk menyediakannya dan berupaya untuk terbang pada ketinggian yang rendah.

“Peluru berpandu yang mempunyai permukaan baharu itu dinamakan Hoveizeh berasal daripada keluarga (peluru berpandu pelayaran) Soumar yang dilancarkan pada 2015,” katanya.

Sementara itu Press TV melaporkan, Amir memberitahu, Hoveizeh adalah simbol keyakinan diri dan merupakan pencapaian penting kepada Kementerian Pertahanan berdasarkan kemajuan teknologi dunia pada hari ini.

“Peluru berpandu ini menunjukkan bahawa tiada yang boleh menghalang keinginan bangsa Iran dalam bidang pertahanan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pakar-pakar barat mengatakan Iran sering memperbesarkan keupayaan senjata mereka walaupun terdapat kebimbangan terhadap peluru berpandu balistik jarak jauh milik negara tersebut,

Bulan lalu, Iran berkata tawaran melancarkan satelit gagal selepas Tehran mengabaikan amaran Amerika Syarikat untuk menjauhi tindakan tersebut.

Washington memberi amaran kepada Teheran tentang pelancaran tiga roket yang dirancang akan melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana menggunakan teknologi peluru berpandu balistik.

Amerika Syarikat bimbang bahawa teknologi balistik jarak jauh yang digunakan untuk melancarkan satelit ke orbit boleh digunakan juga untuk melepaskan kepala peledak.

Dalam perkembangan lain, agensi berita rasmi IRNA melaporkan, seorang Pengawal Revolusi Elit Iran terbunuh manakala lima cedera dalam serangan bersenjata di Basij di tenggara Iran tenggara.

Penyerang melakukan serangan terhadap pengkalan militan Basij di bandar Nikshahr yang terletak berhampiran sempadan Pakistan. -REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×