Warga Bangladesh maut dihempap jentolak - Utusan Malaysia

Warga Bangladesh maut dihempap jentolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Seorang pekerja warga Bangladesh maut dalam keadaan mengerikan selepas dihempap sebuah jentolak di Lot 34A, Batu 3 1/2, Jalan Emas off Jalan Chan Sow Lin, di sini malam ini.

Dalam kejadian pukul 7.10 malam itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pudu, Mohd. Zain Abdullah berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu telah dikerahkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dengan mengangkat jentolak tersebut menggunakan kren. Setakat pukul 8.45 malam ini kerja-kerja mengeluarkan mangsa masih lagi berjalan,” katanya di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×