SELAYANG – Pasukan pilihan, Kelantan memulakan kempen Liga Premier 2019 dengan langkah sumbang selepas tewas mengejut 0-1 kepada pendatang baharu, Selangor United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang petang tadi.
Pada perlawanan tersebut, jaringan tunggal pemain import Selangor United, Nikita Pavlenko pada minit ke-23 sudah cukup untuk membantu pasukannya meraih tiga mata penting sekali gus menyaksikan skuad The Red Warriors pulang dengan tangan kosong.
Keputusan tersebut meletakkan Selangor United berkongsi kedudukan di persada Liga Premier bersama UiTM FC selepas skuad The Lions Troopers itu menang 3-1 pada aksi pembuka tirai di venue sama semalam. – K! ONLINE











